LAXMANA SUNAN: Religion.Trust.Love.Perception.Fun.Crazee.Food.Totally pointless..

Tuesday, June 26, 2012


Bila kejujuran dinodai...hidup umpama jasad yang xbernyawa....berlari dan trus berlari....terhuyung hayang tanpa tujuan yang pasti...sabar meneruskan sisa hidup yang berbaki...mencari cahaya yang menyinari jiwa yang kosong xterisi...aku sabar dlm mendaki hari-hari yg kulalui...berehat sejenak berfikir akan kekurangan dlm diri ini....Ya Allah berat sungguh ujian yg kau beri kali ini....aku yakin dan pasti ada pelangi yg bakal menyinari hidup ku...aku yakin...aku percaya...aku pasti...tiada keraguan pada qada' yg telah ditetapkan untukku..kesal tiada guna..yang bahagia akan terus gembira...yang berduka harus bangkit...smpai bila harus bersedih??? smapi bila hati ini harus sakit?? cukuplah....aku xpnah kesal dgn apa yg berlaku..perancangan Allah itu adalah yg terbaik...becinta xsemestinya memiliki...biarlah cinta itu milik yang layak...cinta sejati itu dari Ilahi... "Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan tipu daya semata-mata" -Holy Quran- Rawat hati dan perkasa diri!!! bangun dari mimpi masa silam...sudah jgan kau tangisi.. roda hidup akan terus berputar ke destinasi yang seterusnya...aku redha..:) come back to life Nabil!!!!!!

Wednesday, March 17, 2010

Legal Lover = Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha



Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ ) ) رواه ابن ماجة (



Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)



Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.



Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpai maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.



Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-



1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.



قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ



Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)



Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.



2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak



Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.



يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا



Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)



Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.



3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan



يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ



Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)



Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.



3 - Hawa nafsu bergelora dalam diri



وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ



Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)



Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa



Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.



Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.




sumber: www.darulkautsar.net

Wednesday, March 3, 2010

Pepper As Ur Lunch???




Makan Pepper as our lunch?? hehehe msti pelik kan...actually ni sebenarnya antara restoran fast food yg ade kelainan dr restoran fasfood yg laen... ape yg pelik?? mesti korang nak tau kn?? korang patut try out beb siyes xkan nyesal... sebab makanan tu korang yg masak sendirey...guess what it comes on a hot iron plate!!!

Hot Iron Plate tu diperbuat menggunakan electromagnetic cooker yg dah dipatent kan kat Jepun (so restaurant laen xle ciplak ar hakcipta mereka).Iron plate tu bleh mencapai tahap kepanasan sebanyak 260c in 70seconds dan still remain hot at 80c for about20 minute!!! gempaq giler kan(kire macam sizzling gak ar)...hehehe so daging yg korang grilled akan getting tender and juicy..yum2...hot plate tu plak akan membuat kan makanan korang sentiase hangat and sedap dimamam!!! sauce, salt, soy sauce sume disediakan untuk korang masak. Yummy!!!

Kat Malaysia ni yang aku tau ade dua tempat je yang ade and aku penah mamam...satu kat Pavillion and another one kat Sunway (ni yang latest baru launch for lunch hahaha). Price??? xdela mahal sangat setakat nak mencube benda baru it still affordable and kesedapannye memang xdapat dinafikan ar...u guys should try!!! tp aku kalau nak makan hari2 memang xdapatla jep...student lagi ma. Once in the blue moon ok ar hehe..




Nila die faveret aku pepper lunch- curry beef pepper rice with cheese...hahaha sedap giler and it very cheesy..tp it depend on cara korang masak ar...so klu terlebih masin tu lenjan sudeh...korang gak yang masak hehehe. Tp diorg nye staff leh ajar korang cena nak masak so dun weri kepada ladies2 yang kurang pandai memasak...blaja ar masak depan boyfren korang (well it's a good start babe!!!).

Selamat Mencube!!!
Try diz out guys!!!
Ittadakimasu!!!

p/s: Thanks to sumone yang introduce kat aku makanan yang pelik2 nie. Tp siyes memang sodap~
Segala keterangan diambil dr pepper lunch website and laman sesawang yg laen... thanks for sharing!

Tuesday, March 2, 2010

Falsafah Chenta????

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi

(M.Nasir- Raikan Cinta)



Sesekali terdengar lagu nie di corong radio mungkin kite xperasan lagu yg cube disampaikan tu sebenar nye membawa maksud yg lebih mendalam kalau kite hayati.... actually i'm not a gud one bile bercakap soal cinta, hati n perasaan nie...tp klu perasan tu selalu ar hehehe(ye ke?? mmg selalu pown klau x xdela org ckp kiter poyo). Ramai je generasi mude remaja sekarang nie yg hanyut dibuai mimpi yg xsudah (mcm tajuk lagu jew) dek kerana leka dengan kekasih sendiri hingga segalanye diabaikan...

C.I.N.T.A

Lima perkataan yang cukup simple tp natijah n implikasinye mmg cukup luas...sume manusia pasti akan terkesan olehnya.. cinta itu fitrah yg lahir dan wujud dalam setiap individu...xperlu dipaksa tp uniknye kite sendiri leh rase ryte?? Subhanallah indah dan cukup complex kan ciptaan Allah yg bernama "hati" nie..setiap manusia inginkan rasa mencintai dan dicintai..."Mari mawarku raikan cinta, Tanpa cintaNya kita tiada, Mawar cinta mawarku abadi, Cinta pemilik segala Jadi..." mendalam maksudnye bukan??
Islam punya karakter tersendiri dalam memahaminya, kalau cinta yang kita pahami adalah seperti yang digariskan oleh syariat, maka itu tidak dilarang. lantas bagaiamana perbedaan cinta kepada Allah, kepada Rasul dan kepada manusia?. Berikut adalah pemahaman cinta menurut islam:

1. Cinta pada allah memang harus didambakan, cinta kepada Allah adalah pengorbanan, pengobanan akan terjadi jika ada kesatuan antara hati dan pikiran, cinta kepada rasul adalah mengikuti sunnahnya, sedang inti dari mengikuti adalah kepercayaan, cinta sesama manusia adalah saling menyayangi dan saling mengasihi, sedang inti dari rasa saling adalah kesamaan.

manusia diberi hati oleh Allah, hati itu adalah hak Allah, Allah akan merasa cemburu dan marah jika dihati manusia itu ada yang lain, itulah yang disebut Allah dengan syirik kepadaNya, dosa yang tentu tidak ada ampunan dari Allah.

2. Punya cita-cita. Cita-cita suci yang ditunggu oleh setiap orang tua, boleh? mengapa tidak? malahan islam menganjurkan untuk menikah dengan terlebih dahulu berta'aruf (berkenalan), kadang kita berfikir masih terlalu dini untuk memikirkannya, tapi Allah berfirman: " hendaklah manusia itu memikirkan apa yang akan terjadi padanya besok" (faltandhur ma qaddamat lighad), besok bukan hanya hari sesudah hari ini, bulan depan, tahun depan, dan sepuluh tahun yang akan datang juga besok kan?. So??? adakah mengurat dibolehkan??? selagi ianya btol danmenghormati agama xsalah cume jgn cinta yang disemai betuankan nafsu...itu yg salah sebenarnye..jgn dibutakan oleh cinta walaupum kite tau cinta itu sebenarnye buta...hehehe

3. Menjaga batasan syari'at. kalau ta'aruf dibiarkan begitu saja, tanpa terpisahnya antara hawa nafsunya dari kehendak buruknya, TANPA dan TIDAK dikendalikan oleh taqwa, maka ia akan mengalami kemerosotan aqidah, karena dalam hal cinta akan sangat mudah dipengaruhi oleh hasutan syaitan yang tetap sedia menanti kesempatan lengah dari pelaku cinta ini, maka harus sangat hati-hati, karena kalau tidak maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya, sehingga melupakan hak Allah sebagai pencipta cinta ini.



Sesungguhnya orang yang ada dalam dirinya ketaqwaan kepada Allah, akan timbul juga dalam dirinya rindu dan cinta kepada Allah. Rindu dan cinta kepada Allah akan meningkatkan lagi iman kita. Orang yang rindu dan cinta kepada Allah akan dapat merasakan kemanisan dalam beriman kepadaNya. Ini telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya:

Ertinya : Tiga perkara apabila berada pada diri seseorang, nescaya dia akan merasakan kemanisan iman; iaitu hendaklah Allah dan Rasulnya lebih dicintai dari yang lainnya……

Begitu indah dan rasionalnya Islam dalam mengatur susur aturan hidup manusia disamping menjaga kesucian dan hak2 pergaulan antara pria dan wanita....terpulang pada individu yang menentukan kisah cinta mereka sendiri tanpa mencemari hubungan dengan berlandaskan nafsu semata... Cinta pada Allah harus didahulukan sebelum cinta yang lain mengatasi Cinta Yang Maha Esa..


Cintaku hanya Pada Mu ya ALLAH...
Rinduku hanya Untukmu ya RASULULLAH...
Kasihku hanya Pada IBU AYAH...
Hanya Sayang masih belum milik Sesiape...

p/s: ~Esok milik siapa???
~Entry yg agak jiwang kali ini...so harap comment dr rakan2 hehehe
~Bykkan Solawat...Salam Maulidurrasul~

Tuesday, February 9, 2010

Laxmana Mula Berbelog....

Apabila hujan turun,
Melimpahlah air dari perbukitan,
Aliran menujah ke batu,
Melekuk...
Tanda waktu beralih...

Seiring nyawa menghanyut usia,
Sejalan nafas melangkah ke hujung...

Awan...
Kalau dapat dicapai,
Maka saktiah hamba...

(RAM.Bagaikan Puteri)



Assalamualaikum dan salam sejahtera to a da bloggers...
1st entry ni xtau sebenarnye nak tulis ape since aku br mula berjinak2 ngan dunia blog neh.. so hopefully dpt feedback yang baek from all my frens n all da supporters actually Cucu Tok Samad yg byk guide aku dlm area blog nie (haha...ayat nak sedap jew)....

Laxmana Sunan??? berkemungkinan ramai yg dah tau or ade yg tertanye2 nape Laxmana Sunan??? actually ilham tu dtg dr Novelis Thriller terkenal tanah air named Ramlee Awang Murshid(RAM) melalui Trilogy terhebat die iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu n Hijab Sang Pencinta... Laksamana Sunan dalam novel mmg xdpt disangkal lagi kehebatanye, ini terbukti dengan ilmu seni mempertahankan diri yg ampuh serta iman yg tinggi mampu menangkis serangan Taghut n kejahatan yg menguasai diri manusia (so better korang bace novel neh). aku suggest, mmg besh r xtpoo...

Aku bukanlah manusia yg layak gune gelaran neh...tp keperibadian Laksamana Sunan bg aku inspirasi untuk gune name die sebagai name pena as Laxmana Sunan. sedikit kelainan tp sekadar nak wujudkan identiti sendiri dlm berbelog(kire mcm nk jd laxmana modern ar neh....poyo...xle bla)...

Macam2 yg nak cter tp msih kekeringan idea...mcm gitar ar...memula nak maen pun kne tune dlu hehe... Insyallah sedikit mase lg macam2 yang bole dikongsi tru diz blog...soal jawab maybe...idea...pandangan...so perhaps u all support my blog...

so, see u all soon with da new entry!!!!


BEWARE OF REALITY
MAYBE IT'S ONLY UR FANTASY...